Cara-cara sekolah boleh memupuk kebudayaan Melayu adalah untuk sering mengadakan sesi-sesi tentang budaya di dalam kelas atau di mana sahaja. Sekolah juga boleh mengadakan fiesta dan permainan tradisional. Pasti ia akan menarik! Budak-budak juga boleh memakai baju tradisional mereka dan mencuba memperkenalkan kepada yang lain.
Minggu budaya juga boleh dianjurkan. Melalui ini, ia akan menambahkan minat kepada kebudayaan melayu. Saya berpendapat bahawa kita harus saling bantu budaya kita yang asli.
Friday, July 30, 2010
Thursday, July 29, 2010
Cara Makan Orang Melayu
Orang Melayu suka makan bersama keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Pada masa dahulu, kebanyakkan orang Melayu duduk makan di lantai. Ini dianggap satu cara yang tertib. Orang Melayu makan dengan menggunakan jari tangan, sudah tentu tangan kanan. Makan dengan menggunakan tangan kiri dianggap tidak sopan. Sebelum makan, mereka akan mencuci tangan dengan air di dalam sebuah mangkuk.
Selalunya, jikalau makan dengan keluarga, ketua keluarga iaitu seorang bapa akan memulakan makan dengan doa ringkas dan kemudian mengajak semua ahli keluarganya makan bersama. Ketika makan, anak-anak kecil tidak digalakkan berbual-bual. Anak-anak lelaki tidak digalakkan bertukar tempat makan, ini kerana untuk mengelakkan mereka dari bertukar-tukar pasangan hidup. Sikap-sikap ini sangat penting untuk generasi yang akan datang di masa hadapan. Saya sangat harap bahawa sikap-sikap ini akan diturunkan kepada generasi yang baharu.
Selalunya, jikalau makan dengan keluarga, ketua keluarga iaitu seorang bapa akan memulakan makan dengan doa ringkas dan kemudian mengajak semua ahli keluarganya makan bersama. Ketika makan, anak-anak kecil tidak digalakkan berbual-bual. Anak-anak lelaki tidak digalakkan bertukar tempat makan, ini kerana untuk mengelakkan mereka dari bertukar-tukar pasangan hidup. Sikap-sikap ini sangat penting untuk generasi yang akan datang di masa hadapan. Saya sangat harap bahawa sikap-sikap ini akan diturunkan kepada generasi yang baharu.
Apa itu budaya?
Budaya itu adalah cara hidup dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing. Ia amat penting kerana itu adalah sumber gaya hidup kita. Contohnya pakaian orang melayu yang sopan santun, bahasa yang lemah-lembut dan juga saling hormat-menghormati satu sama lain. Bergotong-royong adalah salah satu dari budaya melayu. Ia selalu diamalkan apabila mengadakan majlis perkahwinan, masyuarat dan banyak lagi. Kita seperti satu keluarga yang BESAR. Hingga sekarang, bergotong-royong itu masih tetap diamalkan. Kebudayaan melayu dapat dilihat melalui bahasa. Bahasa juga menunjuk orang tentang diri dan sikap kita. Saya sering mengalami masalah apabila menghadapi kawan-kawan dari bangsa yang berlainan. Untuk mendapatkan hormat dari kawan, kita harus menghormatinya dahulu. Dengan ini, saya ingin mengubah sikap-sikap saya dan mencuba bergaul dengan orang lain dari bangsa lain.
Wednesday, July 28, 2010
Permainan Tradisional Melayu
Hi semua, minggu lalu kita telah diberitahu oleh cikgu kami tentang permaina tradisional melayu. Saya amat sukainya! Ada beberapa permainan tradisional tetapi kelas saya telah mempersembahkan sedikit daripadanya. Terdapat daripada itu adalah batu serembat, capteh, sepak raga, dan juga gasing. Ada sedikit yang telah dipelajari oleh saya. Inilah gambar-gambarnya
Batu seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Ia juga boleh dimain dalam sekumpulan atau perseorangan. Permainan ini juga boleh dimain di mana sahaja. Ia juga amat popular di kalangan kanak-kanak pada zaman dahulu. Kita boleh membuat batu serembat sendiri dengan menggunakan lima ketol batu sebesar guli. Ia juga boleh dibuat daripada pundi-pundi pasir atau kacang hijau.
*****
Sepak Raga |
Sepak Raga telah wujud sejak 600 tahun lagi. Permainan ini digemari oleh ramai orang lelaki kerana ia menggunakan kemahiran menimbang bola dengan menggunakan semua anggota badan kecuali tangan. Saya sendiri juga amat sukai dengan sepak raga!
*****
*****
Gasing merupakan salah satu permainan tradisional orang melayu. Ada beberapa jenis gasing iaitu gasing piring, gasing bawang, gasing pipih dan berbagai-bagai lagi. Kanak- kanak kecil juga suka bermain dengannya. Ia diperbuat daripada kayu yang kuat. |
Kajian Kita Tentang Budaya
Budaya itu seperti ibu bapa kita. Jikalau tiada mereka, kita akan lupa akan sopan santun. Kami telah membuat kajian tentang budaya melayu dan kita telah mendapati bahawa ada juga ramai orang remaja yang masih menyukai budaya melayu kita. Tetapi, ada sedikit yang tidak menyokong budaya melayu. Inilah kajian yang tersebut.
Saturday, July 24, 2010
Menghormati Orang Tua
Adakah kamu pernah memikirkan tentang menghormati orang tua? Pada pendapat saya, budaya itu memainkan peranan yang penting dalam itu. Budaya bukan sahaja tentang permainan tradisional atau pakaian tetapi ia juga tentang perangai kita terhadap orang tua. Saya sendiri tidak sering meghormati orang tua tetapi apabila saya telah membaca satu artikel di surat khabar, saya baru sedar kepentingannya. Pada zaman dahulu, ramai orang sering menghormati orang tua. Saya rasa itu kerana mereka ada hubungan yang rapat sekali. Saya sangat berharap yang orang melayu akan mula merapatkan hubungan mereka antara satu sama lain dan juga menghormati.
Thursday, July 15, 2010
Pengalaman Saya Membuat Silat
Selamat sejahtera sekali lagi semua. Hari ini saya akan menceritakan kepada kamu tentang hari saya di sekolah membuat silat bersama rakan saya, Khairul. Kita telah latih dan siap sedia untuk persembahan itu. Mula-mula kita merasa takut dan gementar tetapi apabila sedang mempersembahkan, kita mula tidak rasa lagi kerana sokongan yang diberi oleh cikgu dan rakan- rakan saya. Oleh kerana kita terlalu gementar, kawan saya tertumbuk saya di perut dengan kuat tetapi tidak sengaja. Pada masa itu, saya tidak rasa sakitnya kerana kita dua sangat gementar. Walaupun silat yang kita telah mempersembahkan tidak seberapa bagus, saya tetap dapat pengalaman yang berguna. Saya menyukai silat kerana ia tidak seperti seni pertahankan diri yang lain. Ia digunakan apabila sesiapa yang cuba serang seseorang. Saya sangat berharap untuk orang melayu akan mula menyukai silat dan lain lagi. Terima Kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)