Thursday, July 29, 2010

Apa itu budaya?

Budaya itu adalah cara hidup dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan masing-masing. Ia amat penting kerana itu adalah sumber gaya hidup kita. Contohnya pakaian orang melayu yang sopan santun, bahasa yang lemah-lembut dan juga saling hormat-menghormati satu sama lain. Bergotong-royong adalah salah satu dari budaya melayu. Ia selalu diamalkan apabila mengadakan majlis perkahwinan, masyuarat dan banyak lagi. Kita seperti satu keluarga yang BESAR. Hingga sekarang, bergotong-royong itu masih tetap diamalkan. Kebudayaan melayu dapat dilihat melalui bahasa. Bahasa juga menunjuk orang tentang diri dan sikap kita. Saya sering mengalami masalah apabila menghadapi kawan-kawan dari bangsa yang berlainan. Untuk mendapatkan hormat dari kawan, kita harus menghormatinya dahulu. Dengan ini, saya ingin mengubah sikap-sikap saya dan mencuba bergaul dengan orang lain dari bangsa lain.

No comments:

Post a Comment