Wednesday, July 28, 2010

Permainan Tradisional Melayu

Hi semua, minggu lalu kita telah diberitahu oleh cikgu kami tentang permaina tradisional melayu. Saya amat sukainya! Ada beberapa permainan tradisional tetapi kelas saya telah mempersembahkan sedikit daripadanya. Terdapat daripada itu adalah batu serembat, capteh, sepak raga, dan juga gasing. Ada sedikit yang telah dipelajari oleh saya. Inilah gambar-gambarnya



Batu seremban



Batu seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Ia juga boleh dimain dalam sekumpulan atau perseorangan. Permainan ini juga boleh dimain di mana sahaja. Ia juga amat popular di kalangan kanak-kanak pada zaman dahulu. Kita boleh membuat batu serembat sendiri dengan menggunakan lima ketol batu sebesar guli. Ia juga boleh dibuat daripada pundi-pundi pasir atau kacang hijau.

*****
Sepak Raga

 



 









Sepak Raga telah wujud sejak 600 tahun lagi. Permainan ini digemari oleh ramai orang lelaki kerana ia menggunakan kemahiran menimbang bola dengan menggunakan semua anggota badan kecuali tangan. Saya sendiri juga amat sukai dengan sepak raga!

*****

 
Gasing merupakan salah satu permainan tradisional orang melayu. Ada beberapa jenis gasing iaitu gasing piring, gasing bawang, gasing pipih dan berbagai-bagai lagi. Kanak- kanak kecil juga suka bermain dengannya. Ia diperbuat daripada kayu yang kuat.

No comments:

Post a Comment