Thursday, July 29, 2010

Cara Makan Orang Melayu

Orang Melayu suka makan bersama keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Pada masa dahulu, kebanyakkan orang Melayu duduk makan di lantai. Ini dianggap satu cara yang tertib. Orang Melayu makan dengan menggunakan jari tangan, sudah tentu tangan kanan. Makan dengan menggunakan tangan kiri dianggap tidak sopan. Sebelum makan, mereka akan mencuci tangan dengan air di dalam sebuah mangkuk.

Selalunya, jikalau makan dengan keluarga, ketua keluarga iaitu seorang bapa akan memulakan makan dengan doa ringkas dan kemudian mengajak semua ahli keluarganya makan bersama. Ketika makan, anak-anak kecil tidak digalakkan berbual-bual. Anak-anak lelaki tidak digalakkan bertukar tempat makan, ini kerana untuk mengelakkan mereka dari bertukar-tukar pasangan hidup. Sikap-sikap ini sangat penting untuk generasi yang akan datang di masa hadapan. Saya sangat harap bahawa sikap-sikap ini akan diturunkan kepada generasi yang baharu. 

1 comment: